Lepak jap

Yo! yo! yo!

JOM Lumba!

"KITA BACA BLOG DULU"

Lama dah tak berkesempatan menulis blog ni, dulu ada la masa, sekarang ni banyak aktiviti sekolah saya kena handle mengambil tugas Jijah yang sedang bercuti sakit sekarang, apapun ini saya percaya ada hikmah nya setiap kejadian itu...saya banyak pelajari bagaimana menguruskan sesuatu program supaya dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada ketua bidang yang smooth spoken dan mudah berurusan dengannya. Guru-guru lain juga ada memberikan kata-kata penyedap hati kepada saya. Beruntung jugak rasanya bila ada orang menaruh kepercayaan dan memberi penghargaan kepada hasil kerja kita....Saya hanya berharap moga-moga pada masa akan datang saya dapat memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik lagi. Apa yang saya fikirkan adalah bila ada orang memilih kita adalah bukan kerana mahu mengena tetapi kerana kita dipandang berguna. Gunakan masa yang ada dan rebut kesempatan yang diberi dengan hati terbuka dan jangan sesekali menolak sebelum mencuba kerana tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di kemudian hari.

Selesai sudah hari iktiraf, seminar SPM, sekarang yang sedang ON perkhemahan dan coming soon 15 ogos ni LDP plak. Satu persatu program berjalan dan so far semua ok cuma perkhemahan sekarang ni macam tut.....s pegawai profesional tapi pengurusan x profesional.....Bukan nak blame sesiapa tetapi cuba fikir sendiri la kerja yang bagus hasil dari pengurusan yang sistematik kerja yang gagal hasil dari ...............
pikir la sendiri...

Malas nak tulis panjang lebar sebab nanti AKAK jugak yang kena...apa pun mohon maaf sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba.

ADIOS