Jemput makan....

Kami guru Malaysia.....

Apa tengok2, Boleh menang ke ni?

Pada 27 Jun bersamaan hari sabtu yang lalu, SMK Tagasan telah mengadakan sambutan hari guru dan majlis penyampaian anugerah sempena pencapaian cemerlang peningkatan keputusan pmr, spm dan stpm tahun 2008. Pada hari tersebut juga beberapa anugerah telah diberikan kepada guru-guru oleh pelajar seperti guru paling penyabar, guru paling tegas dan macam-macam ada tetapi yang menimbulkan kontraversi ialah anugerah guru paling garang kenapalah bukan saya yang dapat...nak buat camne dah bukan pilihan pelajar.. Apapun yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...Moga-moga tak berulanglah pada tahun-tahun akan datang. Banyak juga aktiviti yang diadakan sempena hari guru seperti sukaneka dan permainan cuma yang ralatnya hanya sebilangan guru sahaja yang sporting yang lain tu susah la nak cakap...Senang kata sendiri mau ingat la...Hari guru tetapi guru sendiri tidak menghargai dirinya sebagai guru yelah ada sahaja alasan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan. Kesian kepada guru-guru lain yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program tersebut tetapi apa yang mereka
dapat...Ndak apa kita buat je kerja kita pengiraannya bilalah Yang Maha Kuasa.
Kalau ada guru-guru SMKTS yang terbaca blog ni cubalah fikir-fikirkan adakah tindakan anda betul atau sebaliknya dan cukup sudah ke bakti yang anda taburkan...Ingat setiap perbuatan tu ada balasannya...bukan nak bersyarah tetapi sebagai ingatan sesama kita sebagai manusia yang alpa ini...
Mohon maaf kalau ada yang terasa bak kata pepatah siapa makan cili dialah terasa pedasnya...
Apa pun terima kasih kepada guru, pelajar dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang tinngi dalam usaha menjayakan program ini. Syabas dan tahniah!
Jumpa lagin tahun depan......ADIOS