Selamat bertemu kembali...
Kali ini saya nak bercerita sikit tentang perayaan regatta lepa yang disambut pada setiap tahun di Semporna. Apa yang saya faham tentang perayaan ini ialah pesta air yang berkait dengan persembahan perahu berhias dan diserikan lagi dengan penari-penari igal-igal. Memang unik perayaan ini kerana melibat semua penduduk di Semporna yang rata-ratanya orang pelaut. Tetapi kalau sesiapa yang terbaca blog ni janganlah marah kalau penerangan saya ni tidak tepat atau salah maklumlah orang perantauan hanya berkata mengikut apa yang dilihat dan didengar saje.
Tahun lepas perayaan regatta sungguh meriah berbanding dengan tahun ni yang kureng sedikit meriahnya. Yelah takde bunga api, rumah-rumah pameran pun hanya 4 buah dan pendek kata kureng la semuanya. Apapun sekadar untuk melepaskan keboringan di rumah boleh lah untuk cuci mata dan telinga.Saya bawa afiq je pergi ronda-ronda di pekan Semporna bersama cikgu Yati, si kecik alif kena tinggal umah sebab kami pergi naik motor senang sikit nak mencelah-celah maklumsaje lah jem teruk masa sambutan perayaan tu. Sempatlah kami bergambar di padang semporna dan di sea feast yang sibuk tu. Puas la jugak kami posing-posing di tempat-tempat menarik ni. Cuma kurang si kecik je takde di tempat kejadian.
Kesian si Alif duduk lah di rumah dengan mamaknya si Raksa.......
April 20, 2009 at 2:38 AM
upload manyak2 gambar regatta lepa tu..baru puas cuci mata