Gambar-gambar Afiq n Alif bersama orang tersayang...
Afiq bersama Inspektor Mohd Abd Rahman (Ayahnya)
Lokasi: Di rumah Taman Nilam
Peristiwa: Masa ni ayah afiq terpilih untuk mewakili daerah Semporna ke pertandingan kawad kaki pegawai-pegawai kor kadet polis di Tawau. Pagi-pagi lagi afiq dah bangun nak bagi support kat ayahnya. Apapun ayah afiq dapat juga tempat ke 3 dalam pertangingan itu. TAHNIAH!
Afiq lepak bersama Nenek dan Atok nya

Lokasi: Depan rumah di Kg Baru, KL
Peristiwa: Lepak-lepak di depan rumah bersama nenek dan atoknya lepas makan kek harijadi afiq ke 1 tahun.
Afiq dengan Moyangnya
Lokasi: Rumah Nenek n Atok Afiq di Kg Baru, KL
Peristiwa: Balik cuti sekolah tahun lepas, sempat jugak afiq berposing dengan moyangnya. Masa ni afiq nak sambut hari lahirnya ke 12 bulan.

Makcik Yati bergambar bersama Afiq

Lokasi: Grand Stand Padang Sekolah SMK Tagasan

Peristiwa: Gambar ni diambil semasa nak tunggu budak-budak aspuri bersiap-siap turun latihan bola jaring. Konon nye nak buat pemilihan pemain tetapi lambat la pulak budak-budak tu, janji jam 3 petang jam 3.30 baru turun. Pulak tu ada di antara mereka yang tidak berapa pandai main bola jaring asyik lakukan kesilapan je. Cikgu Yati jugak yang penat meniup wisel. Tengah-tengah rancak bermain afiq pulak jadi mangsa rempuhan budak-budak tu. Si Afiq ni, dia pun nak kejar bola ha apa lagi kena rempuh la. Nangis la jugak tapi sekejap je sebab ibunya ada memujuk.

Makcik Asti bergambar bersama Alif

Lokasi: Di rumah Taman Nilam

Peristiwa: Makcik Asti datang dengan makcik Andi dan makcik Yati masa ni tapi gambar diorang tak sempat di ambil kerana tak pasti apa diorang buat masa ni. Diorang ni rajin bertandang ke rumah saya nak tengok hero-hero melayu terakhir ni. Saya pun rasa seronok bila diorang ni datang rumah riuh rendah rumah dibuatnya.
Afiq bersama Ibu, Tok Ma dan sepupunya
Lokasi: Kuantan

Peristiwa: Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah kasut ADIDAS afiq nyaris-nyaris hilang sebelah. Puas ayahnya mencari di merata-rata tempat tak juga jumpa. Rupa-rupanya kasut afiq tu tersangkut di celah kereta di bahagian tempat duduk depan. Ayah afiq apa tak sayang nye kasut tu dah lah mahal RM189 sepasang comel plak tu. Kalau la hilang tak dapat lah di perturunkan kat adik afiq nanti siapa lagi kalau bukan si Alif.