Kembali lagi...
Ape tengok-tengok..........
Muhammad Afiq Ashraf dilahirkan pada 5 Disember 2007 seberat 3.06kg di Hospital Kuala Lumpur merupakan putera sulung ku. Kelahiran yang dinanti-nantikan oleh semua mereka yang ingin bergelar ibu dan ayah. Wajah si Afiq ni lebih mirip ibunya tetapi yang paling mahal ialah keningnya yang naik ke atas. Orang kata ada "ONG" atau "TUAH" tetapi apa-apa pun ketentuan Maha Pencipta, kita sebagai manusia biasa lagi kerdil ini hanya mampu meneka dan merancang sahaja. Mudah-mudahan perkara baik sahaja yang berlaku ke atas anak ku ini dan semoga dilindungi dan dijauhi daripada perkara-perkara yang mendatangkan keburukan.
Lepak la kejap.......
Belum mencapai umur 2 tahun afiq telah pun mendapat adik yang sungguh comel dan stuff siapa lagi kalau bukan putera kedua ku Muhammad Alif Ahsraf yang dilahirkan pada 30 Januari 2009 seberat 3.30 kg. Bertambahlah orang-orang penting dalam hidup ku. Si Alif pula lebih mirip kepada wajah ayahnya yang berkulit gelap tetapi manisnya tetap ada macam ibunya.
Alif: Ibu....tolong tercekik saya.......
Dah ada adik ni, si Afiq dah pandai bawa diri tetapi manjanya tetap ada kadang-kala lebih manja dari adiknya, sebagai ibu saya kena banyak bersabar dan pandai membahagikan masa dan menyesuaikan diri dengan situasi baru, kalau dulu bertiga kini berempat. Kalau dulu seorang kini dah dua kena fokus.....apapun saya akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk kedua-dua putera saya....Muaaaachk sayang anak ibu.....bersambung...
0 Response to "Al-kisah anak-anakku"
Post a Comment