Sayang Adik.....

Posted on 5:18 AM

MUUUUUUUUACHK.................LOVE U!

Member tagasan

Posted on 1:48 AM
Orang-orang kuat SMK Tagasan untuk pertandingan pesta pantun peringkat daerah semporna 2009
- Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Guru pendidikan moral SMK Tagasan bagaikan aur dengan tebing

Barang Kesayangan...

Posted on 4:34 AM
Pada hari regatta lepa yang lalu, saya dan yati telah banyak memborong barang perhiasan seperti pin tudung, gelang, rantai kristal dan mutiara.

Semua barang ni dibeli khas untuk diri sendiri, ibu, adik-adik dan anak saudara.Harganya agak murah berbanding dengan kedai-kedai yang ada di semporna. Maklum saja lah jualan sempena regatta lepa semua penjual tu dari KK. Letak mahal-mahal plak kang tak laku jadi letak lah harga yang terbaik.





Pin tudung khas untuk mama dan ma saya sempena Hari Ibu yang akan datang ni tetapi tak tahu bila nak pos.



Kasut ADIDAS kesayangan ayah Afiq untuk anak-anaknya

Adidas biru RM169
Adidas Merah Putih RM139


Ni kasut si Alif hadiah sempena kelahirannya










Cantik tak kasut Afiq! Mahal ni jangan main-main kalau hilang ayah yang kecewa sebab ayah yang beli.


Kor Kadet Polis Semporna.....

Posted on 6:59 PM
Bergambar bersama Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Azim Khan Abdullah
sempena Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-39
Tahun 2009
- Pada tahun ni semua sekolah di daerah semporna menyertai Perbarisan Hari Kor Kadet Polis, sungguh meriah sambutan pada kali ini kerana melibatkan 9 buah sekolah, badan-badan berkanun dan agensi swasta.
- Semua guru kelihatan segak dengan memakai uniform kadet polis PP Baris (Cikgu Joe SMK Bum Bum)
- Pada tahun ini giliran cikgu Joe dari SMK Bum Bum dilantik sebagai PP Baris. PP Baris ni adalah orang penting dalam perbarisan kawad kawalan hormat untuk sambutan hari kor kadet polis. Dah menjadi tanggungjawab PP Baris untuk memberi arahan setiap pergerakan dalam kawad kawalan hormat. Saya rasa bangga juga la kerana cikgu Joe ni my husband di beri kepercayaan untuk mengawal perbarisan pada sambutan hari kor kadet polis pada tahun ni. Gambar Sambutan Hari Kor Kadet Polis 2007
- Pada tahun 2007 hanya 5 buah sekolah yang menyertai sambutan hari kor kadet polis daripada 9 buah sekolah di seluruh daerah semporna.

Perasan....

Posted on 6:45 PM
Hensem tak saya......
Like MOTHER Like SON

Bersama orang-orang tersayang....

Posted on 6:57 PM
Gambar-gambar Afiq n Alif bersama orang tersayang...
Afiq bersama Inspektor Mohd Abd Rahman (Ayahnya)
Lokasi: Di rumah Taman Nilam
Peristiwa: Masa ni ayah afiq terpilih untuk mewakili daerah Semporna ke pertandingan kawad kaki pegawai-pegawai kor kadet polis di Tawau. Pagi-pagi lagi afiq dah bangun nak bagi support kat ayahnya. Apapun ayah afiq dapat juga tempat ke 3 dalam pertangingan itu. TAHNIAH!
Afiq lepak bersama Nenek dan Atok nya

Lokasi: Depan rumah di Kg Baru, KL
Peristiwa: Lepak-lepak di depan rumah bersama nenek dan atoknya lepas makan kek harijadi afiq ke 1 tahun.
Afiq dengan Moyangnya
Lokasi: Rumah Nenek n Atok Afiq di Kg Baru, KL
Peristiwa: Balik cuti sekolah tahun lepas, sempat jugak afiq berposing dengan moyangnya. Masa ni afiq nak sambut hari lahirnya ke 12 bulan.

Makcik Yati bergambar bersama Afiq

Lokasi: Grand Stand Padang Sekolah SMK Tagasan

Peristiwa: Gambar ni diambil semasa nak tunggu budak-budak aspuri bersiap-siap turun latihan bola jaring. Konon nye nak buat pemilihan pemain tetapi lambat la pulak budak-budak tu, janji jam 3 petang jam 3.30 baru turun. Pulak tu ada di antara mereka yang tidak berapa pandai main bola jaring asyik lakukan kesilapan je. Cikgu Yati jugak yang penat meniup wisel. Tengah-tengah rancak bermain afiq pulak jadi mangsa rempuhan budak-budak tu. Si Afiq ni, dia pun nak kejar bola ha apa lagi kena rempuh la. Nangis la jugak tapi sekejap je sebab ibunya ada memujuk.

Makcik Asti bergambar bersama Alif

Lokasi: Di rumah Taman Nilam

Peristiwa: Makcik Asti datang dengan makcik Andi dan makcik Yati masa ni tapi gambar diorang tak sempat di ambil kerana tak pasti apa diorang buat masa ni. Diorang ni rajin bertandang ke rumah saya nak tengok hero-hero melayu terakhir ni. Saya pun rasa seronok bila diorang ni datang rumah riuh rendah rumah dibuatnya.
Afiq bersama Ibu, Tok Ma dan sepupunya
Lokasi: Kuantan

Peristiwa: Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah kasut ADIDAS afiq nyaris-nyaris hilang sebelah. Puas ayahnya mencari di merata-rata tempat tak juga jumpa. Rupa-rupanya kasut afiq tu tersangkut di celah kereta di bahagian tempat duduk depan. Ayah afiq apa tak sayang nye kasut tu dah lah mahal RM189 sepasang comel plak tu. Kalau la hilang tak dapat lah di perturunkan kat adik afiq nanti siapa lagi kalau bukan si Alif.


Alif tak kisah.....Afiq yang kisah...

Posted on 8:18 PM
Inilah putera-puteraku
01. Afiq 1 Hari.......Dis 2007


02. Alif 1 Hari........Jan 2009


03. Afiq sekarang......April 2009

04. Alif sekarang.....April 2009





















Afiq & Alif

Posted on 6:57 PM
Sudah empat hari ayah si afiq pergi latihan berpusat bola sepak peringkat negeri di Tawau. Kesian si afiq tak dapat pergi ronda-ronda waktu petang. Kelmarin selepas mandi petang dan dipakaikan baju tidur di suruh pulak tukar pakai seluar jeans dan t-shirt. Tak di bagi nya menangis la si afiq tu sampai teresak-resak. Nasib baik si adik, alif tak terikut-ikut menangis.
Apa lagi terpaksa saya mengikut kehendaknya sebab kesian tengok afiq menangis. Beberapa hari ni asyik sebut ayah...ayah...ayah...rindu kali pada ayahnya. Nasib baik ada si Yati boleh lah tolong tengok-tengok kan si alif. Si afiq dah tak boleh nak mengalah dengan adiknya asyik nak mengepit je dengan ibunya. Biasalah budak-budak ada masa OK ada masa KO. Sayangkan anak terpaksalah banyak bersabar walaupun teruji juga la kesabaran saya.

Si alif relaks je......


Regatta Lepa

Posted on 7:04 PM
Selamat bertemu kembali...
Kali ini saya nak bercerita sikit tentang perayaan regatta lepa yang disambut pada setiap tahun di Semporna. Apa yang saya faham tentang perayaan ini ialah pesta air yang berkait dengan persembahan perahu berhias dan diserikan lagi dengan penari-penari igal-igal. Memang unik perayaan ini kerana melibat semua penduduk di Semporna yang rata-ratanya orang pelaut. Tetapi kalau sesiapa yang terbaca blog ni janganlah marah kalau penerangan saya ni tidak tepat atau salah maklumlah orang perantauan hanya berkata mengikut apa yang dilihat dan didengar saje.
Tahun lepas perayaan regatta sungguh meriah berbanding dengan tahun ni yang kureng sedikit meriahnya. Yelah takde bunga api, rumah-rumah pameran pun hanya 4 buah dan pendek kata kureng la semuanya. Apapun sekadar untuk melepaskan keboringan di rumah boleh lah untuk cuci mata dan telinga.

Saya bawa afiq je pergi ronda-ronda di pekan Semporna bersama cikgu Yati, si kecik alif kena tinggal umah sebab kami pergi naik motor senang sikit nak mencelah-celah maklumsaje lah jem teruk masa sambutan perayaan tu. Sempatlah kami bergambar di padang semporna dan di sea feast yang sibuk tu. Puas la jugak kami posing-posing di tempat-tempat menarik ni. Cuma kurang si kecik je takde di tempat kejadian.
Kesian si Alif duduk lah di rumah dengan mamaknya si Raksa.......




Tempat menarik di semporna

Posted on 5:19 PM
Bertemu kembali....
Pusing-pusing pulau dulu....

Saya nak bercerita sikit tentang tempat-tempat yang menarik di Semporna. Suami saya si cikgu Joe tu dah pun round the island Semporna cuma isterinya je yang tak sampai-sampai lagi. Walau bagaimanapun saya menjadi pendengar setia cerita-cerita suami saya. Tak dapat pergi dapat berkongsi cerita dan pengalaman pun jadilah. Nanti lah kalau ada masa yang sesuai sampai juga saya di destinasi tu bersama anak-anak......





Berehat sekejap setelah sampai daratan...






Ni lah suami tercinta saya, siap lambai-lambai lagi mentang-mentang la kat dasar laut...



Cantik kan di dasar laut ni, ada kura-kura lagi....


Sesiapa yang berminat boleh la nak pegi cuba-cuba tetapi mesti ada lesen scuba diving kalau takde jangan mimpi nak jumpa kura-kura ni..














Fajar dah menyinsing...

Hari pun dah nak malam, jadi apa lagi balik lah mereka-mereka ni.......










Al-kisah anak-anakku

Posted on 7:32 PM
Kembali lagi...

Ape tengok-tengok..........
Muhammad Afiq Ashraf dilahirkan pada 5 Disember 2007 seberat 3.06kg di Hospital Kuala Lumpur merupakan putera sulung ku. Kelahiran yang dinanti-nantikan oleh semua mereka yang ingin bergelar ibu dan ayah. Wajah si Afiq ni lebih mirip ibunya tetapi yang paling mahal ialah keningnya yang naik ke atas. Orang kata ada "ONG" atau "TUAH" tetapi apa-apa pun ketentuan Maha Pencipta, kita sebagai manusia biasa lagi kerdil ini hanya mampu meneka dan merancang sahaja. Mudah-mudahan perkara baik sahaja yang berlaku ke atas anak ku ini dan semoga dilindungi dan dijauhi daripada perkara-perkara yang mendatangkan keburukan.


Lepak la kejap.......

Belum mencapai umur 2 tahun afiq telah pun mendapat adik yang sungguh comel dan stuff siapa lagi kalau bukan putera kedua ku Muhammad Alif Ahsraf yang dilahirkan pada 30 Januari 2009 seberat 3.30 kg. Bertambahlah orang-orang penting dalam hidup ku. Si Alif pula lebih mirip kepada wajah ayahnya yang berkulit gelap tetapi manisnya tetap ada macam ibunya.

Alif: Ibu....tolong tercekik saya.......

Dah ada adik ni, si Afiq dah pandai bawa diri tetapi manjanya tetap ada kadang-kala lebih manja dari adiknya, sebagai ibu saya kena banyak bersabar dan pandai membahagikan masa dan menyesuaikan diri dengan situasi baru, kalau dulu bertiga kini berempat. Kalau dulu seorang kini dah dua kena fokus.....apapun saya akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk kedua-dua putera saya....Muaaaachk sayang anak ibu.....bersambung...


Teman hidupku.....

Posted on 7:13 PM

Siapa mereka?
Mereka ini adalah teman hidup saya dulu, kini dan selamanya....mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang halal - Mereka sungguh bermakna dalam hidup saya tanpa mereka sunyi sepi lah dunia dibuatnya -hilanglah gelak tawa, tangisan dan laungan suara saya yang nyaring ini hehehehe.........walaupun kadang-kala masam tetapi tetap ada manisnya....apa pun semuanya Dia yang tentukan kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal mudah-mudahan kehidupan yang saya bina kekal abadi buat selama-lamanya.... emosi la plak......xpe saje-saje je sebagai peringatan buat diri sendiri.....bersambung........

Al-kisah......

Posted on 6:22 PM

Kerjaya sebagai pendidik bermula di SMK Tandek Kota Marudu selepas selesai kursus perguruan di MPTI JB. Walaupun bergerak solo pada masa tu tetapi hakikatnya i dah berpunya...

Sebelum, Semasa, Sekarang

Posted on 5:54 PM In:

Bermulalah kisah saya.......