Hari Guru SMKTS

Posted on 4:33 AM
Jemput makan....

Kami guru Malaysia.....

Apa tengok2, Boleh menang ke ni?

Pada 27 Jun bersamaan hari sabtu yang lalu, SMK Tagasan telah mengadakan sambutan hari guru dan majlis penyampaian anugerah sempena pencapaian cemerlang peningkatan keputusan pmr, spm dan stpm tahun 2008. Pada hari tersebut juga beberapa anugerah telah diberikan kepada guru-guru oleh pelajar seperti guru paling penyabar, guru paling tegas dan macam-macam ada tetapi yang menimbulkan kontraversi ialah anugerah guru paling garang kenapalah bukan saya yang dapat...nak buat camne dah bukan pilihan pelajar.. Apapun yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...Moga-moga tak berulanglah pada tahun-tahun akan datang. Banyak juga aktiviti yang diadakan sempena hari guru seperti sukaneka dan permainan cuma yang ralatnya hanya sebilangan guru sahaja yang sporting yang lain tu susah la nak cakap...Senang kata sendiri mau ingat la...Hari guru tetapi guru sendiri tidak menghargai dirinya sebagai guru yelah ada sahaja alasan untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan. Kesian kepada guru-guru lain yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program tersebut tetapi apa yang mereka
dapat...Ndak apa kita buat je kerja kita pengiraannya bilalah Yang Maha Kuasa.
Kalau ada guru-guru SMKTS yang terbaca blog ni cubalah fikir-fikirkan adakah tindakan anda betul atau sebaliknya dan cukup sudah ke bakti yang anda taburkan...Ingat setiap perbuatan tu ada balasannya...bukan nak bersyarah tetapi sebagai ingatan sesama kita sebagai manusia yang alpa ini...
Mohon maaf kalau ada yang terasa bak kata pepatah siapa makan cili dialah terasa pedasnya...
Apa pun terima kasih kepada guru, pelajar dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang tinngi dalam usaha menjayakan program ini. Syabas dan tahniah!
Jumpa lagin tahun depan......ADIOS

Buzzy sangat2.................

Posted on 6:20 AM
Asalamualaikum......Apa kabar semua?

Lama dah tak tulis blog...Maklumlah tiba-tiba je banyak kerja pegang kelas 4sains, ngajar 2 kelas sejarah tingkatan 3 dengan tafsir kerja kursusnya, sambutan hari guru, majlis berdialog bersama PDRM semporna dan yang coming soon ni hari iktiraf pulak...Ya Allah, kau berikan aku kesihatan yang baik, kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi hari demi hari yang kian mencabar dengan penuh kenikmatan, sesungguhnya setiap sesuatu perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, hanya Kau yang Maha Mengetahui.....Walaupun bukan pada ku mudah-mudahan pada anak-anak ku...Amin

Tapi takpe yang penting hari-hari tetap ceria dengan puteraku yang comel-comel berlaka ni, sape lagi kalau bukan si afiq gan si alif tu...sa.............yang.............ibu, muacchk....

Lepak la kejap

Majlis Perkahwinan Andi & Yusuf

Posted on 3:49 AM
TAHNIAH! Bersama pengantin Andi & Yusuf

Pada 6 Jun 2009 bersamaan dengan hari sabtu saya sekeluarga dan member sawallina sekeluarga telah pergi ke majlis perkahwinan andi dengan pasangannya yusuf di Merotai, yang mana kedua-dua mempelai ini ialah rakan saya di SMK Tagasan. Pada hari tersebut sempat jugak terserempak dengan fay dan hubbynya manakala kak sumyati yang ditemani oleh mamaknya. Kami menghabiskan masa dekat setengah jam gak tengok pengantin bersanding dan menjamu selera dengan kuih-muih manis dan nasi berlauk macam-macam ada. Cuti ni banyak dapat undangan kawin tapi boleh pergi yang sempat je maklumlah banyak komitmen lain. Tak tahu la sapa lepas ni member SMK Tagasan kawin plak. Ok lah tu je coretan untuk aktiviti hari ni. Wasalam.

Cuti-cuti Malaysia....

Posted on 1:06 AM
Cuti sekolah ni saya, anak-anak dan suami telah pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik di sandakan seperti sepilok, taman buaya, pasar sandakan dan pelabuhan sandakan. Kawasan sandakan besar gak sebab di sini banyak bandar-bandar baru. Kami menghabiskan masa 3 hari 2 malam di sini dan menginap di hotel ramai yang bersebelahan dengan pusat bowling dan panggung wayang.
Di Sepilok, Taman Buaya dan Hotel Ramai Sandakan

Seronok jugak jalan-jalan di Sandakan cuti sekolah ni. Afiq la yang paling seronok sebab bebas bergerak, berlari ke sana ke mari. Pandai dah Afiq sekarang bila tengok je ayah dia tukar seluar jeans mula lah dia merenget nak berdukung takut ditinggalkan. Anak ayah mana bleh tinggal....

Perjalanan dari semporna ke sandakan hanya memakan masa 4 jam saja dan sepanjang perjalanan kami telah singgah di kunak, r & r balung dan lahad datu untuk membeli keropok dan air minuman di samping mencuci mata di kawasan tersebut.

Pada hari pertama kami sampai di sandakan sempat jugak kami singgah di selipok untuk mendapatkan maklumat masa melawat orang utan. Kami hanya boleh melihat orang utan semasa mereka diberi makan pada jam 10 pagi dan 3 petang manakala bayaran yang dikenakan ialah rm5 untuk orang dewasa dan rm2 untuk kanak-kanak, bukan tu je yang bawa kamera pun dikenakan bayaran rm10 bagi satu kamera. Pada hari ke dua kami pergi melawat orang utan dan ke taman buaya. Di taman buaya orang dewasa dikenakan bayaran sebanyak rm5 dan bayaran untuk kanak-kanak tak ingat pulak berapa. Di taman buaya ada persembahan buaya yang bermula jam 11.45 pagi, selepas melawat orang utan sempat jugak kami ke taman buaya melihat persembahan buaya. Buaya menari dan gosok gigi buaya hebat..hebat...

Persembahan gosok gigi buaya

Hebatkan...Seronok betul kami pada hari tu. Pengalaman yang tidak kami lupakan ialah memesan makanan cina yang berharga rm71 untuk 2 orang, terkejut gak tapi cuti-cuti malaysia dan jalan-jalan cari makan biasalah kan sekali sekala.

Mudah-mudahan kalau ada rezeki lebih tahun depan nak melawat labuan plak tapi semua nya bergantung kepada masa, kesihatan dan izinNya...

Kawan-kawan sekarang...

Posted on 6:22 PM
Guru KH SMK Tagasan
Bersama guru dan pelajar Koir
Gambar semasa sukan sekolah 2007
Minah bunga
Bergambar bersama bekas menteri pelajaran Malaysia 2007
sempena pelancaran Lonjakan Perdana di SK Berpusat Pulau Bum Bum


Kawan-kawan sek lama...

Posted on 9:07 PM
Bersama pelajar tingkatan 2 SMK Tandek
Member SMK Tandek, Kota Marudu
Gambar saja-saja
Member SMK Tandek, Kota Marudu
Masa ni Jamuan Hari Raya 2006
Gambar Hari Raya di rumah sewa Taman KDC, Kota Marudu
Masa ni baru je 3 bulan bergelar isteri orang
Bergambar di rumah member yang tak balik raya tahun 2006
Bergambar dengan Kak Na yang banyak tolong masa saya mula-mula posting di Kota Marudu. Kak Na ni orang ganu, housemate saya jugak, baik sangat kakak ni bukan jenis yang berkira dan ringan tulang untuk menolong sesiapa saja.


Posted on 1:56 AM
Kami JUARA!
Pasukan Koir SMK Bum Bum 2009
Kumpulan Koir SMK Tagasan 2009

lama dah tak buat blog ni....maklum saja lah busy sikit minggu lepas dengan latih budak koir dan bola jaring. walau bagaimanapun puas hati la jugak sebab koir johan dan bola jaring.....