TAHNIAH! Bersama pengantin Andi & Yusuf

Pada 6 Jun 2009 bersamaan dengan hari sabtu saya sekeluarga dan member sawallina sekeluarga telah pergi ke majlis perkahwinan andi dengan pasangannya yusuf di Merotai, yang mana kedua-dua mempelai ini ialah rakan saya di SMK Tagasan. Pada hari tersebut sempat jugak terserempak dengan fay dan hubbynya manakala kak sumyati yang ditemani oleh mamaknya. Kami menghabiskan masa dekat setengah jam gak tengok pengantin bersanding dan menjamu selera dengan kuih-muih manis dan nasi berlauk macam-macam ada. Cuti ni banyak dapat undangan kawin tapi boleh pergi yang sempat je maklumlah banyak komitmen lain. Tak tahu la sapa lepas ni member SMK Tagasan kawin plak. Ok lah tu je coretan untuk aktiviti hari ni. Wasalam.