SMK Tandek, Kota Marudu

Posted on 11:48 PM





Bergambar bersama pelajar SMK Tandek, di sekolah ni saya mengajar di sesi petang. Subjek yang saya ajar plak PJK, PSV dan PM masa mengajar pun boleh tahan. Saya mengajar tingkatan 1 dan 2. Ni semua budak tingkatan 2 Akasia.



Ni gambar di kantin sekolah saya dulu, sempoi je kan. Apa yang pelajar makan itulah yang kami makan tapi saya tak kisah semua boleh janji halal.

Kantin sekolah ni kecik je, meja makan guru pun share gan pelajar, kesian kan tapi nasib ada meja dari takde...amacam makan beradap la gamaknya.





Ni semua rakan guru di SMK Tandek, Kota Marudu. Kami bergambar di dewan, waktu ni bilik guru kami sedang dibaikpulih, dewan telah jadi bilik guru sementara kami, nasib baiklah waktu ni dah nak habis sekolah.

Rata-rata cikgu-cikgu dan pelajar di SMK Tandek adalah non-muslim tetapi mereka semua baik-baik berlaka

Pelajar muslim tak ramai di sekolah ni hanya 10 peratus je, suasana mengajar PI macam mengajar PM di SMK Tagasan.




Cuba teka yang mana satu saya...

Teringat kat member-member lama di SMK Tandek, Kota Marudu pada tahun 2006, semua yang ada di dalam gambar ni dah berpindah mengikut suami masing-masing. Kita mulakan dengan tudung warna merah tu kak ely orang terengganu, sebelah dia yang memakai baju coklat tu adalah saya, sebelah saya tu nana orang terengganu gak, wanita yang bertudung oren tu kak miza orang kelantan dan akhir sekali tu kak na pun orang terengganu. Semua dah balik negeri masing-masing cuma saya dan kak na yang masih di sabah dan sarawak mengikut suami. Walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati.

Abang n Adik

Posted on 4:16 AM
Adakah anda kenal atau pernah jumpa kanak-kanak ini?

Jika ya....Mereka lah anak-anak saya AFIQ & ALIF

Aktiviti hari ini...

Posted on 4:11 AM
Aktiviti sempena cuti-cuti H1N1 ni saya telah memasak menu istimewa iaitu sambal sotong kering marvelus....saksikanlah....Nikmatilah tak dapek la den nak nolong...

Nampak macam sedap memang sedap pun....cuma amaran nak makan jangan pakai gigi palsu sebab confirm tercabut nye.....

Seminar Elektif SPM 2009

Posted on 10:36 PM
Yang duduk di belakang tu sapa lagi kalau bukan guru subjek Cik Sue kita.....


Peneman setia Pn. Andi - Pn. Dila....


Andi pun boleh jadi penceramah Tasawur Islam apa...
Pengalaman yang baru akan menjadikan anda seorang yang berpengalaman. TAHNIAH!

Cerita saja-saja

Posted on 9:53 PM
Lepak jap

Yo! yo! yo!

JOM Lumba!

"KITA BACA BLOG DULU"

Lama dah tak berkesempatan menulis blog ni, dulu ada la masa, sekarang ni banyak aktiviti sekolah saya kena handle mengambil tugas Jijah yang sedang bercuti sakit sekarang, apapun ini saya percaya ada hikmah nya setiap kejadian itu...saya banyak pelajari bagaimana menguruskan sesuatu program supaya dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada ketua bidang yang smooth spoken dan mudah berurusan dengannya. Guru-guru lain juga ada memberikan kata-kata penyedap hati kepada saya. Beruntung jugak rasanya bila ada orang menaruh kepercayaan dan memberi penghargaan kepada hasil kerja kita....Saya hanya berharap moga-moga pada masa akan datang saya dapat memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik lagi. Apa yang saya fikirkan adalah bila ada orang memilih kita adalah bukan kerana mahu mengena tetapi kerana kita dipandang berguna. Gunakan masa yang ada dan rebut kesempatan yang diberi dengan hati terbuka dan jangan sesekali menolak sebelum mencuba kerana tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di kemudian hari.

Selesai sudah hari iktiraf, seminar SPM, sekarang yang sedang ON perkhemahan dan coming soon 15 ogos ni LDP plak. Satu persatu program berjalan dan so far semua ok cuma perkhemahan sekarang ni macam tut.....s pegawai profesional tapi pengurusan x profesional.....Bukan nak blame sesiapa tetapi cuba fikir sendiri la kerja yang bagus hasil dari pengurusan yang sistematik kerja yang gagal hasil dari ...............
pikir la sendiri...

Malas nak tulis panjang lebar sebab nanti AKAK jugak yang kena...apa pun mohon maaf sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba.

ADIOS