Posted on 1:56 AM
Kami JUARA!
Pasukan Koir SMK Bum Bum 2009
Kumpulan Koir SMK Tagasan 2009

lama dah tak buat blog ni....maklum saja lah busy sikit minggu lepas dengan latih budak koir dan bola jaring. walau bagaimanapun puas hati la jugak sebab koir johan dan bola jaring.....

Sayang Adik.....

Posted on 5:18 AM

MUUUUUUUUACHK.................LOVE U!

Member tagasan

Posted on 1:48 AM
Orang-orang kuat SMK Tagasan untuk pertandingan pesta pantun peringkat daerah semporna 2009
- Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Guru pendidikan moral SMK Tagasan bagaikan aur dengan tebing

Barang Kesayangan...

Posted on 4:34 AM
Pada hari regatta lepa yang lalu, saya dan yati telah banyak memborong barang perhiasan seperti pin tudung, gelang, rantai kristal dan mutiara.

Semua barang ni dibeli khas untuk diri sendiri, ibu, adik-adik dan anak saudara.Harganya agak murah berbanding dengan kedai-kedai yang ada di semporna. Maklum saja lah jualan sempena regatta lepa semua penjual tu dari KK. Letak mahal-mahal plak kang tak laku jadi letak lah harga yang terbaik.





Pin tudung khas untuk mama dan ma saya sempena Hari Ibu yang akan datang ni tetapi tak tahu bila nak pos.



Kasut ADIDAS kesayangan ayah Afiq untuk anak-anaknya

Adidas biru RM169
Adidas Merah Putih RM139


Ni kasut si Alif hadiah sempena kelahirannya










Cantik tak kasut Afiq! Mahal ni jangan main-main kalau hilang ayah yang kecewa sebab ayah yang beli.


Kor Kadet Polis Semporna.....

Posted on 6:59 PM
Bergambar bersama Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Azim Khan Abdullah
sempena Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-39
Tahun 2009
- Pada tahun ni semua sekolah di daerah semporna menyertai Perbarisan Hari Kor Kadet Polis, sungguh meriah sambutan pada kali ini kerana melibatkan 9 buah sekolah, badan-badan berkanun dan agensi swasta.
- Semua guru kelihatan segak dengan memakai uniform kadet polis PP Baris (Cikgu Joe SMK Bum Bum)
- Pada tahun ini giliran cikgu Joe dari SMK Bum Bum dilantik sebagai PP Baris. PP Baris ni adalah orang penting dalam perbarisan kawad kawalan hormat untuk sambutan hari kor kadet polis. Dah menjadi tanggungjawab PP Baris untuk memberi arahan setiap pergerakan dalam kawad kawalan hormat. Saya rasa bangga juga la kerana cikgu Joe ni my husband di beri kepercayaan untuk mengawal perbarisan pada sambutan hari kor kadet polis pada tahun ni. Gambar Sambutan Hari Kor Kadet Polis 2007
- Pada tahun 2007 hanya 5 buah sekolah yang menyertai sambutan hari kor kadet polis daripada 9 buah sekolah di seluruh daerah semporna.

Perasan....

Posted on 6:45 PM
Hensem tak saya......
Like MOTHER Like SON

Bersama orang-orang tersayang....

Posted on 6:57 PM
Gambar-gambar Afiq n Alif bersama orang tersayang...
Afiq bersama Inspektor Mohd Abd Rahman (Ayahnya)
Lokasi: Di rumah Taman Nilam
Peristiwa: Masa ni ayah afiq terpilih untuk mewakili daerah Semporna ke pertandingan kawad kaki pegawai-pegawai kor kadet polis di Tawau. Pagi-pagi lagi afiq dah bangun nak bagi support kat ayahnya. Apapun ayah afiq dapat juga tempat ke 3 dalam pertangingan itu. TAHNIAH!
Afiq lepak bersama Nenek dan Atok nya

Lokasi: Depan rumah di Kg Baru, KL
Peristiwa: Lepak-lepak di depan rumah bersama nenek dan atoknya lepas makan kek harijadi afiq ke 1 tahun.
Afiq dengan Moyangnya
Lokasi: Rumah Nenek n Atok Afiq di Kg Baru, KL
Peristiwa: Balik cuti sekolah tahun lepas, sempat jugak afiq berposing dengan moyangnya. Masa ni afiq nak sambut hari lahirnya ke 12 bulan.

Makcik Yati bergambar bersama Afiq

Lokasi: Grand Stand Padang Sekolah SMK Tagasan

Peristiwa: Gambar ni diambil semasa nak tunggu budak-budak aspuri bersiap-siap turun latihan bola jaring. Konon nye nak buat pemilihan pemain tetapi lambat la pulak budak-budak tu, janji jam 3 petang jam 3.30 baru turun. Pulak tu ada di antara mereka yang tidak berapa pandai main bola jaring asyik lakukan kesilapan je. Cikgu Yati jugak yang penat meniup wisel. Tengah-tengah rancak bermain afiq pulak jadi mangsa rempuhan budak-budak tu. Si Afiq ni, dia pun nak kejar bola ha apa lagi kena rempuh la. Nangis la jugak tapi sekejap je sebab ibunya ada memujuk.

Makcik Asti bergambar bersama Alif

Lokasi: Di rumah Taman Nilam

Peristiwa: Makcik Asti datang dengan makcik Andi dan makcik Yati masa ni tapi gambar diorang tak sempat di ambil kerana tak pasti apa diorang buat masa ni. Diorang ni rajin bertandang ke rumah saya nak tengok hero-hero melayu terakhir ni. Saya pun rasa seronok bila diorang ni datang rumah riuh rendah rumah dibuatnya.
Afiq bersama Ibu, Tok Ma dan sepupunya
Lokasi: Kuantan

Peristiwa: Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah kasut ADIDAS afiq nyaris-nyaris hilang sebelah. Puas ayahnya mencari di merata-rata tempat tak juga jumpa. Rupa-rupanya kasut afiq tu tersangkut di celah kereta di bahagian tempat duduk depan. Ayah afiq apa tak sayang nye kasut tu dah lah mahal RM189 sepasang comel plak tu. Kalau la hilang tak dapat lah di perturunkan kat adik afiq nanti siapa lagi kalau bukan si Alif.