Cuti sekolah ni saya, anak-anak dan suami telah pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik di sandakan seperti sepilok, taman buaya, pasar sandakan dan pelabuhan sandakan. Kawasan sandakan besar gak sebab di sini banyak bandar-bandar baru. Kami menghabiskan masa 3 hari 2 malam di sini dan menginap di hotel ramai yang bersebelahan dengan pusat bowling dan panggung wayang.
Di Sepilok, Taman Buaya dan Hotel Ramai Sandakan
Seronok jugak jalan-jalan di Sandakan cuti sekolah ni. Afiq la yang paling seronok sebab bebas bergerak, berlari ke sana ke mari. Pandai dah Afiq sekarang bila tengok je ayah dia tukar seluar jeans mula lah dia merenget nak berdukung takut ditinggalkan. Anak ayah mana bleh tinggal....
Perjalanan dari semporna ke sandakan hanya memakan masa 4 jam saja dan sepanjang perjalanan kami telah singgah di kunak, r & r balung dan lahad datu untuk membeli keropok dan air minuman di samping mencuci mata di kawasan tersebut.
Pada hari pertama kami sampai di sandakan sempat jugak kami singgah di selipok untuk mendapatkan maklumat masa melawat orang utan. Kami hanya boleh melihat orang utan semasa mereka diberi makan pada jam 10 pagi dan 3 petang manakala bayaran yang dikenakan ialah rm5 untuk orang dewasa dan rm2 untuk kanak-kanak, bukan tu je yang bawa kamera pun dikenakan bayaran rm10 bagi satu kamera. Pada hari ke dua kami pergi melawat orang utan dan ke taman buaya. Di taman buaya orang dewasa dikenakan bayaran sebanyak rm5 dan bayaran untuk kanak-kanak tak ingat pulak berapa. Di taman buaya ada persembahan buaya yang bermula jam 11.45 pagi, selepas melawat orang utan sempat jugak kami ke taman buaya melihat persembahan buaya. Buaya menari dan gosok gigi buaya hebat..hebat...
Persembahan gosok gigi buaya
Hebatkan...Seronok betul kami pada hari tu. Pengalaman yang tidak kami lupakan ialah memesan makanan cina yang berharga rm71 untuk 2 orang, terkejut gak tapi cuti-cuti malaysia dan jalan-jalan cari makan biasalah kan sekali sekala.
Mudah-mudahan kalau ada rezeki lebih tahun depan nak melawat labuan plak tapi semua nya bergantung kepada masa, kesihatan dan izinNya...