Buah hatiku sayang..........................Hubby, Afiq & Alif

Assalammualaikum...salam sejahtera..salam satu Malaysia....

Sudah lama saya tidak edit blog saya dan rasanya kini sudah setengah tahun masa berlalu,
hari demi hari yang berlalu telah memberi semangat dan pengalaman berharga dalam diri saya. Selain bergelar anak, isteri, ibu dan pendidik belum cukup untuk melayakkan diri saya sebagai insan yang sempurna kerana sudah menjadi lumrah dunia tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini selain daripada yang Maha Pencipta Allah s.w.t...

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana hingga kini saya masih lagi boleh menghirup udara yang segar, boleh melihat keindahan alam ciptaanNya, boleh bergerak mengeliling bumiNya dan boleh menikmati limpahan rezeki kurniaanNya di samping keluarga tercinta....Alhamdulillah semuanya adalah ketentuanNya Allah s.w.t...

Sudah hampir 5 tahun saya berada di sini mengejar cita-cita dan menabur budi untuk anak, bangsa dan negara namun masih belum cukup untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri...Keluarga, rakan, masyarakat adalah golongan yang penting dalam membantu saya memperbaiki kelemahan diri walaupun adakalanya ia akan menyakiti hati sendiri...Adakala yang baik itu pahit yang buruk itu manis...Jadi lebih baik yang pahit dari yang manis kerana pastinya yang manis itu akan mendatangkan pelbagai penyakit.....

Hidup perlu diteruskan kerana hari tidak pandai berhenti sehingga kita sendiri yang akan terhenti....

Yang pasti pandanglah ke depan kerana kejayaan hanya datang dari hadapan....